Tukar nama Trump kos RM22 juta - Utusan Malaysia

Tukar nama Trump kos RM22 juta

Gambar fail pesawat rasmi Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Anggota-anggota Parti Demokrat mengecam wakil-wakil rakyat Florida kerana meluluskan rang undang-undang untuk menukarkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di negeri itu.

Wakil-wakil rakyat itu bersetuju supaya lapangan terbang itu menggunakan nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.  

Namun, pertukaran nama itu melibatkan kos sebanyak AS$5.5 juta (RM22 juta).

Ia menyebabkan kecaman parti Demokrat selepas Gabenor Florida, Ron DeSantis menandatangani rang undang-undang berkenaan.

Ketua Demokrat Dewan Perwakilan Florida, Fentrice Driskell, mendakwa Republikan mengutamakan penggunaan dana awam untuk tujuan tidak perlu.

Beliau berkata, kira-kira AS$5 juta (RM20 juta) wang pembayar cukai dibelanjakan bagi penjenamaan semula lapangan terbang tersebut.

Menurutnya, peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk menangani isu kos sara hidup, termasuk kenaikan harga bahan api, barangan runcit dan penjagaan kesihatan.

Driskell turut mendakwa, tindakan tersebut menggambarkan keutamaan politik Republikan di Tallahassee yang lebih cenderung kepada kepentingan politik berbanding kebajikan rakyat.

Secara keseluruhan, penukaran nama itu dijangka menelan kos sehingga AS$5.5 juta (RM22.17 juta) menurut permohonan peruntukan tempatan yang difailkan kepada Dewan Senat negeri dan diperoleh oleh laman berita The Center Square.

Kos berkenaan, yang tidak dimasukkan dalam rang undang-undang penamaan semula, merangkumi kerja mengemas kini, menghasilkan dan memasang semua papan tanda di jalan raya, terminal, kawasan parkir, lokasi lapangan terbang, peralatan serta kenderaan.

Ia turut melibatkan pengemaskinian semula elemen penjenamaan seperti logo, tanda dagangan dan standard reka bentuk, selain semakan semula laman web, aplikasi mudah alih, media sosial, pengiklanan, bahan promosi serta pakaian seragam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN