Sukan SEA: Menteri harap atlet capai lebih dari 31 sasaran emas - Utusan Malaysia

Sukan SEA: Menteri harap atlet capai lebih dari 31 sasaran emas

AHMAD Faizal Azumu (kiri) bersahur bersama belia pada program singgah sahur di Masjid Hajjah Puteh Mahani, Bercham Raya di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sasaran 31 pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam munasah untuk dicapai namun atlet mampu berusaha untuk menambah jumlah pingat yang disasarkan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sasaran yang diletakkan itu dibuat selepas mempertimbangkan prestasi atlet-atlet negara lain yang mengambil bahagian dalam temasya sukan dwi tahunan itu.

Menurutnya, sasaran 31 pingat emas itu bukan disebabkan angka itu mudah dicapai.

“Kita letak sasaran sebab kita nak capai, bukan kita letak untuk seronok-seronok atau kita nak ambil ringan supaya mudah nak capai.

“Saya kira sasaran ini dibuat dengan realistik walaupun saya sendiri seperti orang ramai berharap kita dapat lebih daripada 31.

“Saya gesa supaya atlet berusaha sungguh-sungguh agar mereka dapat sekurang-kurangnya memperbaiki keputusan peribadi masing-masing.

“Itu akan lebih baik bagi saya kerana momentum itu yang kita bawa pada kejohanan lebih besar di Sukan Asia dan juga Sukan Komanwel,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program singgah sahur bersama media dan belia negeri Perak di Masjid Hajjah Puteh Mahani, Bercham Raya di sini hari ini.

Malaysia meletakkan sasaran awal untuk memperoleh 31 pingat emas , 19 pingat perak dan 29 pingat gangsa pada Sukan SEA yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, sasaran awal itu ditetapkan bersama Persatuan Sukan Kebangsaan itu berdasarkan perkembangan dan perbandingan prestasi semasa atlet negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya