Telur penyu belimbing tak berkembang bukan gagal disenyawa

Telur penyu belimbing tidak berkembang bukan bukti gagal disenyawa

SEORANG pekerja melakukan proses mengukur saiz telur penyu belimbing sebelum proses pengeraman di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, Dungun, Terengganu, baru-baru ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kegagalan telur penyu belimbing menunjukkan perkembangan embrio bukan bukti telur berkenaan tidak di­senyawakan sebaliknya perlukan pemeriksaan saintifik lanjut mengenal pasti punca sebenar.

Ketua Pusat Konservasi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, keadaan itu mungkin berpunca daripada kegagalan persenyawaan atau kematian embrio pada peringkat awal.

Katanya, kedua-dua ke­adaan boleh menunjukkan tanda hampir sama melalui kaedah candling, iaitu teknik menyuluh te­lur untuk melihat perkembangan di dalamnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, ketiadaan tanda perkembangan embrio belum mencukupi untuk mengesahkan bahawa telur tersebut tidak disenyawakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Mohd. Uzair, kemungkinan kegagalan pembiakan berkaitan kekurangan penyu jantan juga wajar dikaji, namun belum ada bukti mencukupi mengaitkannya secara langsung dengan keadaan telur berkenaan.

Katanya, kajian genetik dan biologi reproduktif diperlukan bagi mengenal pasti hubungan antara kejayaan persenyawaan dengan keadaan populasi penyu belimbing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini