Piala Sultan Azlan Shah : pasukan No.1 dunia dijemput - Utusan Malaysia

Piala Sultan Azlan Shah : pasukan No.1 dunia dijemput

Barisan pemain hoki negara akan mengharungi lima perlawanan persahabatan menentang Australia bagi melakukan persiapan terbaik menjelang Piala Asia di Jakarta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan nombor satu dunia, Australia antara lima pasukan yang dijemput menyertai Kejohanan hoki jemputan Piala Sultan Azlan Shah (SAS) di Ipoh berlangsung November depan.

Empat lagi ialah Jerman, India, New Zealand dan Kanada.

India merupakan pasukan ranking keempat dunia, Jerman kelima, New Zealand dan Kanada pula masing-masing menduduki tangga kelapan dan ke-12.

Mohd. Sayuti Abdul Samat

Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Mohd. Sayuti Abdul Samat bagaimanapun berkata pasukan-pasukan itu belum mengesahkan penyertaan mereka.

“Kita berharap semoga semua pasukan ini termasuk Malaysia akan menyertai kejohanan kali ini yang akan diadakan dari 16-25 November ,” katanya.

Malaysia adalah pasukan ranking ke-11.

Sayuti berkata, selepas tidak diadakan selama dua tahun, peminat sukan hoki tanahair akan mendapat kembali sajian hoki bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, buat pertama kali sejak dimulakan pada 1983 kejohanan kali ini menawarkan mata kedudukan.

Sayuti yakin pasukan-pasukan handalan akan menyertai kejohanan itu memandangkan tarikh Kejohanan berdekatan dengan penganjuran Piala Dunia di India.

“Saya percaya mereka akan datang kerana biasanya pasukan-pasukan ini menjadikan Piala Azlan sebagai medan memanas badan sebelum ke sesuatu Kejohanan sebenar, “ujarnya.

Sayuti menjelaskan, Afrika Selatan dan Wales diletak sebagai pasukan simpanan seandainya salah satu daripada pasukan itu menarik diri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya