Marti tidak sabar menanti ‘aura’ Bukit Jalil - Utusan Malaysia

Marti tidak sabar menanti ‘aura’ Bukit Jalil

Pau Marti Vicente (tengah) tidak sabar merasai aura 'istimewa' yang sering dihadirkan penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil setiap kali pasukan kebangsaan beraksi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penolong jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente tidak sabar menikmati suasana ‘luar biasa’ yang sering dihadirkan penyokong Malaysia setiap kali pasukan negara bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aura itu sudah lama hilang sejak kali terakhir ‘rumah Harimau Malaya’, itu dipenuhi penyokong pada November 2019 ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, sebelum negara dilanda pandemik Covid-19.

Dengan kebenaran kemasukan penyokong secara penuh oleh kerajaan dan peluang beraksi di gelanggang sendiri pada kelayakan Piala Asia 2023 menghadirkan keterujaan buat peminat tempatan.

“Sejak ketibaan kami (barisan kejurulatihan), pasukan mengharungi tempoh penuh berintensiti namun ia pengalaman yang hebat. Komitmen daripada kakitangan pasukan dan pemain begitu hebat malah kami turut rasakan sokongan daripada peminat.

“Sasaran kami adalah pada Jun nanti, kami perlu penuhkan stadium yang hebat ini dan mencipta sejarah buat Malaysia,” katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Sejak Kim Pan Gon mengendali skuad negara selepas dilantik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Januari lalu, imej Harimau Malaya kembali menarik keyakinan para penyokong pasukan kebangsaan.

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura baru-baru ini, corak permainan skuad negara mula menampak perubahan dan penyokong juga mula menaruh kepercayaan kepada jurulatih dari Korea Selatan itu.

Pan Gon memulakan tugasan pertama dengan kemenangan 2-0 ke atas Filipina namun tewas 2-1 kepada Singapura, namun rata-rata pemerhati bola sepak negara menyaksikan sendiri kualiti yang dibawa jurulatih itu kepada Harimau Malaya.

Untuk aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya