Jurulatih tempatan, import 'berentap' semula - Utusan Malaysia

Jurulatih tempatan, import ‘berentap’ semula

BARISAN Pemain Selangor FC membuat persiapan sebelum turun bertandang ke Paroi bagi aksi kedua Liga Super musim ini.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas berehat selama sebulan bagi memberi laluan kepada persediaan skuad Harimau Malaya, saingan Liga Super kembali bersambung, hari ini.

Tiga perlawanan bakal disajikan kepada penyokong bola sepak tempatan dengan pertembungan juara Liga Perdana musim lalu, Negeri Sembilan menentang Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi paling mencuri tumpuan.

Sementara itu, Sabah akan berkunjung ke Stadium Hang Jebat berdepan Melaka United manakala Sarawak United berdepan Penang di Stadium Negeri, Kuching.

Lebih menarik untuk disaksikan adalah ‘perang’ antara jurulatih tempatan dan import yang membabitkan K. Devan (Negeri Sembilan), Michael Feichtenbeiner (Selangor), Risto Vidakovic (Melaka United), Datuk Ong Kim Swee (Sabah), B Sathianathan (Sarawak United) dan Tomas Trucha (Penang).

Biarpun status mereka berbeza namun percaturan jurulatih pasukan masing-masing akan memainkan peranan utama dalam menentukan keputusan.

Bagi Kim Swee pasukannya sentiasa berwaspada dengan mana-mana pasukan yang ditemui dan tidak ingin pulang dengan tangan kosong ke Likas.

“Paling penting adalah aksi menentang Melaka sebab kita tahu mereka hanya mendapat satu mata setakat ini dan ini akan beri kita cabaran di mana mereka pastinya ingin memperbaiki kelemahan sepertimana kita sendiri sebab Sabah juga baru menang satu perlawanan.

“Jadi, saya kena pastikan pasukan akan sentiasa berada di tahap terbaik sebelum mereka akan berdepan dengan perlawanan keempat, kelima dan seterusnya nanti,” jelasnya.

Memandangkan Liga Malaysia akan berlangsung dalam bulan Ramadan, Kim Swee mahu semua pemain menitikberatkan aspek pemakanan dengan lebih serius bagi menjaga tahap kecergasan ketika berpuasa.

Dengan perubahan waktu sepak mula pada bulan Ramadan, beliau percaya anak buahnya tiada masalah untuk menyesuaikan diri bagi memastikan pasukan tetap konsisten menghadapi perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya