Yastremska berjuang untuk Ukraine - Utusan Malaysia

Yastremska berjuang untuk Ukraine

Dayana Yastremska - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Bintang tenis Ukraine, Dayana Yastremska yang muncul naib juara Terbuka Lyon akan menyumbangkan hadiah wang kemenangan yang diperolehinya untuk membantu negaranya yang kini diambang peperangan.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai Terbuka Lyon selepas bertindak melarikan diri dari Ukraine bersama adik perempuannya berusia 15 tahun atas bantuan kedua ibu bapanya untuk pergi ke Perancis.

Yastremska dikatakan sempat berteduh dua malam di tempat letak kenderaan bawah tanah selang beberapa hari Rusia melakukan pencerobohan.

Ketika di Terbuka Lyon, Yastremska meletakkan sasaran untuk muncul juara namun impian tersebut tidak kesampaian apabila tewas kepada Zhang Shuai dari China dengan keputusan 6-3, 3-6, 4-6.

“Hadiah wang yang saya perolehi di sini saya akan berikan kepada yayasan Ukraine untuk menyokong negara saya. Jika terdapat penonton Ukraine menyaksikan saya, saya ingin katakan anda diluar sana sangat kuat.

“Saya cuba berjuang untuk Ukraine. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang dan rakyat Ukraine sangat kuat. Anda boleh lihat sekarang semasa perang,” kata bekas pemain nombor 21 dunia tersebut.

Sementara itu, Zhang Shuai mengucapkan tahniah kepada lawannya itu yang bermain sangat hebat meskipun berdepan tekanan.

“Tahniah kepada Yastremska dan pasukannya. Mereka bekerja keras untuk menyertai kejohanan ini. Saya tahu ia adalah masa yang sukar tetapi anda seorang pejuang sejati,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya