Tanah runtuh: Dua mangsa terakhir disahkan meninggal dunia

Tanah runtuh: Dua mangsa terakhir disahkan meninggal dunia

tanah runtuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, di sini ditemukan pada pukul 1.55 pagi tadi.

Mangsa kelima itu merupakan seorang lelaki dipercayai lingkungan 50-an yang juga penghuni sebuah rumah yang tertimbus sepenuhnya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Pada pukul 11.30 malam, mayat pekerja Air Selangor turut ditemukan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penemuan mangsa terakhir itu menjadikan jumlah mereka yang tertimbus ialah lima individu.

“Mangsa pertama ditemukan selamat manakala mangsa kedua yang juga isterinya disahkan meninggal dunia.

“Pasukan penyelamat terus menjalankan operasi mencari tiga lagi mangsa dan menemukan ketiga-tiga mereka namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di lokasi kejadian.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang semalam, tiga kediaman tertimbus, 15 buah rumah terjejas dan 10 kenderaan rosak apabila berlaku tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini.

Akibat kejadian itu, empat penghuni termasuk seorang wanita tertimbus manakala seorang pekerja Air Selangor yang melakukan pekerja penyelenggaran tidak sempat melarikan diri turut terperangkap dalam runtuhan itu. –

Sebelum itu penduduk di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai di sini yang berhampiran kawasan tanah runtuh dinasihat berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau mana-mana lokasi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hal ini kerana pihaknya mengambil masa untuk menentukan sama ada kawasan tersebut selamat atau sebaliknya.

“Pihak majlis daerah ada menyediakan PPS di Dewan MPAJ Taman Mega Jaya jadi kita harap penduduk dalam radius 100 meter lokasi kejadian dapat berpindah buat sementara waktu.

“Kita memberi pilihan kerana tidak dapat dipastikan keadaan tanah ini selamat atau tidak kerana kerja-kerja menentukan kedudukan tanah masih dalam proses kajian,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Tambahnya, setakat ini, sebanyak 15 buah rumah terjejas dalam kejadian tanah runtuh itu.

Terdahulu, seorang wanita tempatan disahkan meninggal dunia manakala lelaki berusia 84 tahun berjaya dibawa keluar dengan selamat dalam runtuhan di Taman Bukit Permai, Ampang di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya