Pihak bertelagah dalam Pafa dinasihat terima keputusan PJS - Utusan Malaysia

Pihak bertelagah dalam Pafa dinasihat terima keputusan PJS

Khairul Shahril Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamad menasihatkan mereka yang bertelagah dalam Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akur dengan keputusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terhadap persatuan itu baru-baru ini.

“Saya ingin nasihatkan supaya kedua-dua pihak berjiwa besar dan menerima apa juga keputusan PJS walaupun ia tidak memihak kepada mereka,” katanya di sini semalam.

Khairul Shahril mengulas ura-ura ada pihak mahu mencabar keputusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Ibrahim Mohd. Yusof terhadap Pafa di mahkamah.

Ibrahim dalam pertemuan dengan kedua-dua pihak yang bertelagah iaitu Naib-naib Presiden Pafa dengan 12 ahli gabungan pada 7 Mac lalu di Ipoh membuat beberapa keputusan drastik.

Keputusan itu ialah menggantung Pafa selama 6 bulan dan dalam tempoh itu, persatuan itu diminta melaksanakan Kongres tahunan.

PJS juga memutuskan pemecatan 12 ahli gabungan dan beberapa pegawai eksekutif oleh Pemangku Presiden Pafa, Mohamad Yadzan Mohamad sebelum ini adalah tidak sah.

PJS juga tidak mengiktiraf Kongres Tahunan Pafa pada 13 Februari lalu serta
Kongres Luar Biasa PAFA (EGM) anjuran ahli-ahli gabungan Pafa pada 19 Disember 2021 juga tidak terpakai.

Menurut Khairul Shahril, kemelut itu perlu diselesaikan.

“Sudah-sudahlah, jangan dikeruhkan lagi suasana. PJS adalah badan tertinggi dalam susunan pentadbiran sukan negara..

“Keputusan PJS pasti berdasarkan fakta, bukti dan dibuat berdasarkan pertimbangan adil dan saksama.

“Bola sepak Perak sudah berserabut, janganlah ditambah aib lagi,”katanya

Berikutan itu, Khairul Shahril berkata, kemelut Pafa perlu selesaikan segera dengan mengadakan segera Kongres tahunan seperti yang diarahkan oleh PJS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.