Pafa boleh kemuka rayuan - PJS - Utusan Malaysia

Pafa boleh kemuka rayuan – PJS

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) masih boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh badan induk bola sepak negeri Perak itu digantung.

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof berkata, berdasarkan perbincangan, semalam, kedua-dua pihak telah bersetuju dengan keputusan yang dikenakan ke atas mereka.

“Kita telahpun memberi notis kepada Pafa bagi membuka ruang kepada persatuan itu memberi penjelasan berkenaan penggantungan tersebut.

“Kita akan keluarkan secepat mungkin dan Pafa ada hak untuk merayu. Tapi rayuan itu boleh dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Pafa digantung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, hari ini.

Kelmarin, PJS telah membuat tiga keputusan besar dalam usaha memperbetulkan halatuju dan meletak kembali Pafa di atas landasan betul.

Keputusan pertama ialah pemecatan 12 ahli gabungan yang dilantik Pafa pada 23 Januari lalu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan.

Ini bermakna keanggotaan Pafa kembali kepada 18 ahli gabungan.

Selain itu, PJS turut menggantung Pafa selama enam bulan dan dalam tempoh itu, persatuan berkenaan dikehendaki mengadakan semula kongres pemilihan dan akan kembali bergerak mengikut pemilihan jawatankuasa 2018-2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya