Malaysia tolak tuntutan waris Sultan Sulu RM62.59 bilion - Utusan Malaysia

Malaysia tolak tuntutan waris Sultan Sulu RM62.59 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuntutan waris kepada Sultan Jamalul Kiram II  melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol sebenarnya tidak diiktiraf.

Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan bersama berkata, ini kerana tuntutan tersebut bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara.

Malah katanya, Perjanjian 1878 sendiri tidak mengandungi sebarang perkara dalam peruntukan timbang tara.

“Identiti pihak yang mendakwa waris yang melakukan tuntutan itu juga diragui dan belum disahkan,” katanya semalam.

Sebelum ini, laman web berita Sepanyol La Informacion melaporkan penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada waris Sultan Sulu berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Dengan tidak membayar wang pemisahan sejak 2013, Malaysia dikatakan melanggar perjanjian 1878 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo.

Tambah kenyataan itu lagi, berdasarkan keputusan pada 14 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang bersidang di Kota Kinabalu telah membuat keputusan tidak memihak kepada pihak yang menuntut dengan memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

“Dalam isu ini, penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara dibangkitkan dan Mahkamah Tinggi Sabah adalah forum neutral serta teratur untuk memutuskan apa-apa tuntutan berkenaan Perjanjian 1878 itu.

“Kerajaan Malaysia sendiri sudah memfailkan permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu di Mahkamah Tinggi Madrid di Sepanyol, bagaimanapun, permohonan itu belum didengar,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya