Lewandowski, Zielinska bawa Poland ke Piala Dunia 2022

Lewandowski, Zielinska bawa Poland ke Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHORZOW, Poland: Jaringan Robert Lewandowski dan Piotr Zielinska pada babak kedua membawa Poland ke Piala Dunia 2022 selepas menyingkirkan Sweden 2-0 dalam playoff awal lagi tadi.

Selepas Lewandowski menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49, Zielinska menggandakan kedudukan buat tuan rumah di minit ke-72.

“Kami berdepan banyak masalah sebelum perlawanan ini. Ramai pemain cedera, termasuk saya, malah saya mempunyai masalah di bahagian lutut.

“Kami menderita tetapi kini kami boleh meraikannya. Saya bangga dan gembira,” kata Lewandowski yang tidak beraksi ketika pasukannya seri 1-1 menentang Scotland, Khamis lalu.

Sweden membawa masuk penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic pada 10 minit terakhir, namun pemain 40 tahun itu gagal mencetus kebangkitan dan terlepas peluang untuk membuat penampilan ketiga di Piala Dunia.

“Semua orang kecewa, itu perkara biasa apabila kalah. Kami semua mahu beraksi dalam Piala Dunia tetapi malangnya ia tidak akan berlaku,” kata Ibrahimovic.

Penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny memainkan peranan besar dalam kemenangan Poland dengan menyelamatkan beberapa percubaan, termasuk menerusi arkitek Sweden, Emil Forsberg. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN