Kelantan FC tidak pandang rendah Skuad Projek - Utusan Malaysia

Kelantan FC tidak pandang rendah Skuad Projek

PEMAIN Kelantan FC menjalani latihan. -IHSAN Kelantan FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berwaspada dengan kemampuan Skuad Projek FAM-MSN selepas melihat keupayaan pasukan itu menjinakkan Tok Janggut Warriors,5-1 pada pusingan pertama Piala FA, Selasa lalu.

Ujar Rezal, Skuad Projek tampak seperti sebuah pasukan berbeza dari musim lalu di bawah kendalian Hassan Sazali Waras dan tidak mahu pemain Kelantan bersikap terlalu yakin menjelang pertembungan kedua-dua pasukan hari ini, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

“Saya sendiri ada hadir ke stadium dan menyaksikan perlawanan berkenaan, apa yang saya boleh katakan, rata-rata pemain Skuad Projek mempunyai potensi yang sangat besar.

“Kekuatan stamina memainkan peranan yang cukup penting selain keinginan mereka untuk menunjukkan sesuatu, jadi pemain-pemain saya tidak boleh memandang rendah potensi Skuad Projek.

“Pemain-pemain saya kena ada mentaliti untuk sentiasa meraih kemenangan tanpa mengambil kira siapa sahaja lawan yang ditemui termasuk Skuad Projek,” katanya.

Tambah bekas pemain kebangsaan itu, dia masih belum berpuas hati dengan tahap keserasian dalam pasukannya dan menyeru pemain segera memperbaikinya.

“Setakat ini saya tidaklah berpuas hati secara keseluruhan dengan tahap permainan ditunjukkan oleh pasukan terutama dalam soal keserasian.

“Kita mahu mendapatkan tiga mata dalam tiap perlawanan, maka pasukan perlu beraksi secara konsisten dan jangan sama sekali mensia-siakan peluang yang hadir,” ujarnya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya