Kedah janji aksi lebih baik depan penyokong - Utusan Malaysia

Kedah janji aksi lebih baik depan penyokong

PEMAIN Kedah sedia memberi aksi lebih baik berbanding pada perlawanan pertama Liga Super ketika berdepan Sarawak United, Jumaat lalu.- IHSAN Kedah Darul Aman FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ariff Farhan menyeru rakan sepasukannya bangkit mempamerkan prestasi sebenar apabila melayan kunjungan juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Darul Aman, malam ini.

Jelas pemain Harimau Malaya itu, dia mengakui Kedah beraksi dibawah prestasi sebenar meskipun berjaya melakar kemenangan pertama di Liga Super ketika berdepan Sarawak United, Jumaat lalu.

“Saya akui kami gagal mempamerkan prestasi sebenar walaupun menang dengan Sarawak, ramai yang kata permainan kami teruk, mungkin atas sebab beberapa faktor.

“Bagaimanapun, untuk aksi pertama di laman sendiri sudah tentu saya dan rakan sepasukan mahu menang dan paling penting akan menunjukkan prestasi sebenar yang dimiliki pasukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Arif yang baharu melangsungkan perkahwinan Februari lalu, turut mengakui lawan yang bakal dihadapi merupakan pasukan yang kuat ketika ini.

“Mereka (KL City) pasukan yang kuat sebab menang Piala Malaysia. Tapi kita jangan terlalu hormati sangat hingga menjejaskan tumpuan.

“Kita kena main macam biasa dan saya percaya kami akan menunjukkan aksi lebih baik berbanding perlawanan pertama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya