Kapal tangki bawa 1.3 juta liter Diesel meletup di Sungai Chao Phraya

Kapal tangki bawa 1.3 juta liter Diesel meletup di Sungai Chao Phraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang maut dan tiga yang lain cedera selepas sebuah kapal tangki membawa minyak meletup dan terbakar di Sungai Chao Phraya, Samut Prakan.

Lapor Thethaiger, Jabatan Marin Samut Prakan menerima laporan sekitar pukul 9 malam semalam.

Katanya, kapal The Smooth Sea 2 sepanjang 75.5 meter yang membawa 17 penumpang dari Rayong tiba di jeti, Selasa lalu.

Jelasnya, semasa kapal tangki itu berlabuh di jeti Samut Prakan, ia membawa 1.8 juta liter Gasohol 91 dan 1.3 juta liter Diesel.

“Anggota bomba mengambil masa selama 30 minit bagi mengawal kebakaran dan tiada tumpahan minyak ke sungai dilaporkan.

“Jabatan Marin sedang menyiasat punca kejadian tersebut,” katanya.

Menurut jabatan itu, bunyi dentuman kuat dapat didengari semasa letupan berlaku di kawasan itu.

Katanya, tiga mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Bang Pakok 3 untuk menerima rawatan, manakala, dua lagi cedera ringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya