Yang sering menjadi mangsa adalah pelakon baru - Pekin Ibrahim - Utusan Malaysia

Yang sering menjadi mangsa adalah pelakon baru – Pekin Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim mendedahkan wujudnya segelintir pengurus produksi (PM) yang mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya memotong bayaran seseorang pelakon untuk kepentingan mereka.

Kata Pekin, tindakan dangkal itu menjadi satu kebiasaan yang diamalkan sebilangan besar PM baru pada masa kini.

“Mereka ambil kesempatan. Meminta pelakon tersebut memberikan sejumlah wang daripada bayaran penuh yang diterima mereka.

“Si pelaku beralasan mereka berhak menerima sejumlah bayaran kerana telah mendapatkan kerja lakonan untuk mangsa.

“Amalan kotor ini perlu didedahkan dan diperangi kerana ia salah dan menganiaya mangsa. Jika dibiarkan, si pelaku akan terus bebas memanipulasi untuk kepentingan diri mereka sendiri,” dedahnya.

Dedah Pekin lagi, mangsa si pelaku terdiri daripada pelakon yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, lebih-lebih lagi pelakon yang baru menapak dalam industri.

“Mereka tidak berani ambil kesempatan terhadap pelakon lama. Yang sering menjadi mangsa adalah pelakon baru.

“Ramai pelakon baru yang terdesak. Jadi mereka rela bayaran mereka dipotong PM yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mendapatkan kerja lakonan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 ini mengingatkan kepada si pelaku agar menghentikan amalan kotor tersebut kerana ia akan menghancurkan industri.

“Jangan ambil kesempatan. PM dibayar gaji. Kenapa nak ambil lagi bayaran yang diberikan kepada pelakon.

“Bukan semua berkelakuan begini. Tapi sebilangan besar yang bermasalah ini adalah PM baru. Mereka ini bahaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya