bunuh diri terjun

Warga India cuba bunuh diri terjun jambatan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memujuk mangsa daripada cuba membunuh diri di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Selangor, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki warga India yang cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan di Jalan Kem di sini berjaya diselamatkan pasukan bomba di sini malam semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden terbabit daripada orang awam pukul 10.40 malam.

“Seramai enam anggota termasuk pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Pelabuhan Klang yang ditugaskan melakukan operasi menyelamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka tiba di lokasi kejadian di jambatan di Jalan Kem, kira-kira pukul 10.47 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiba di lokasi kejadian, menurut Norazam, anggotanya mendapati seorang lelaki sudah berada di atas penghadang jalan dan disyaki sudah bersedia untuk terjun ke dalam sungai.

Melihat situasi itu, kata beliau, anggotanya terus melakukan operasi dengan memujuk mangsa daripada meneruskan niatnya.

“Akhirnya, mangsa membatalkan hasratnya membunuh diri selepas dipujuk anggota bomba lebih 30 minit.

“Sebaik sahaja diselamatkan, kami telah menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini