PETALING JAYA: Bermula 1 Mac, Status lengkap divaksinasi semua warga emas berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin dan penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun berakhir sekiranya belum masih menerima dos pengalak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini bermakna mereka masih belum menerima suntikan dos penggalak, status kuning (lengkap divaksinasi) akan bertukar putih sekali gus bakal dikenakan sekatan di pintu masuk.
Beliau memaklumkan, terdapat seramai 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih belum menerima dos penggalak dan terdedah kepada risiko Omicron. – UTUSAN