UMNO terbuka terima bekas ahli tanpa syarat - Utusan Malaysia

UMNO terbuka terima bekas ahli tanpa syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO terbuka untuk menerima mereka sesiapa sahaja yang meninggalkan parti, namun mestilah melalui proses seperti termaktub dalam perlembagaan di samping tanpa syarat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan serta pintunya terbuka untuk semua tanpa mengira latar umur dan asal usul. 

Sebaliknya, kemasukan mereka mengikut perlembagaan parti dan mesti berlaku adil dan tegas.

“Namun andai mereka yang meninggalkan UMNO dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Namun, parti ini mesti berlaku adil dan tegas. 

“Proses penerimaan semula mesti melalui proses seperti dalam Perlembagaan UMNO. Diterima hanya sebagai ahli biasa. Tanpa syarat, tanpa keistimewaan atau kelebihan. Ingat, UMNO adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa bekas pemimpin UMNO dikhabarkan ingin menyertai parti itu selepas menyertai parti lain selepas kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN