Tiga beradik rentung dalam kebakaran

Tiga beradik rentung dalam kebakaran

Rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Kedai di Lawas, Sarawak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Tiga adik beradik rentung dan enam lagi anggota keluarga mereka terselamat dalam kebakaran rumah di Kampung Seberang Kedai di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 11.02 malam dan menggerakan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.

Jarak BBP Lawas ke lokasi ialah 17 kometer.

Katanya, kejadian melibatkan sebuah keluarga sembilan orang, di mana tiga kanak-kanak lelaki yang masing-masingnya berumur empat, tujuh dan lapan tahun ditemui rentung, manakala enam anggota keluarga lagi terselamat.

Menurut jurucakap itu, tiga kanak-kanak yang direntung itu dikenali sebagai Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4, Mohd Hezmi Huzaili Azrie, 7, dan Mohd Hezry Huzaimi Azrie, 8.

Mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Anggota keluarga yang terselamat ialah bapa kepada tiga kanak-kanak yang maut, iaitu Azrie Latip, 45, ibu mereka Dayangku Hadianawati, 38, kakak mereka Ariesya Aryana Azrie, 14, dan abang mereka Muhd Hezrie Azrie, 12, Awangku Jeman Pangiran Abd. Hamid, 72, dan Aminah Matusop, 73,

Jurucakap itu berkata, pasukan bomba bertindak menggunakan dua aliran hos reel,  satu aliran hos 200 kaki dan satu nozel dengan mengambil air terbuka (air sungai) secara  relay pumping untuk memadam aap kebakaran berkenaan.

Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 12.45 pagi.

Rumah jenis struktur separuh kekal dua tingkat bersaiz anggaran 36 kali 56 kaki telah musnah 100 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya