Tajuddin tempelak Ketua Pemuda PN - Utusan Malaysia

Tajuddin tempelak Ketua Pemuda PN

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak tindakan Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa UMNO mempolitikkan isu pengeluaran wang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan membabitkan Perdana Menteri yang datangnya daripada parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tajuddin berkata, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari sepatutnya tahu tugas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ahli parti dan ketua kerajaan yang perlu membuat pertimbangan sebelum sesuatu perkara diputuskan.

“Ketua Pemuda ni tahu atau tidak beza tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan dengan parti?

“Perdana Menteri perlu menjaga kepentingan rakyat keseluruhan tidak kira apa parti. Sebagai Naib Presiden pula, beliau perlu jaga parti UMNO.

“Sewaktu Tun Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad), dia memegang jawatan Presiden UMNO, tidak semua yang UMNO minta dia akan buat. Begitu juga waktu Tun Mahathir dengan Pakatan Harapan, adakah semua tuntutan PH dia buat? Tidak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Ahmad Fadhli ketika majlis pelancaran jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) negeri Johor mempersoal mengapa UMNO tidak meminta Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO meluluskan permohonan pengeluaran KWSP yang didesak parti itu.

“Perdana Menteri kamu dari UMNO kenapa kamu tidak desak PM kamu sendiri? PM kamu dari UMNO, kenapa kamu tidak desak?

“Tidakkah kamu berjumpa dengannya dalam mesyuarat parti sebagai Naib Presiden, menunjukkan apa dia? Menunjukkan desakan ini adalah politik semata-mata,” jelas Ahmad Fadhli dalam ucapannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya