Suspek tikam bayi kini ditahan di lokap Kertih - Utusan Malaysia

Suspek tikam bayi kini ditahan di lokap Kertih

KERATAN laporan Utusan Online berhubung kes remaja 15 tahun disyaki menikam bayi yang baru dilahirkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam bayinya selepas dilahirkan dibenarkan keluar dari Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kertih di sini, sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Keadaannya stabil dan semakin baik selepas dua hari dirawat di Hospital Kemaman,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Remaja itu ditahan polis kira-kira pukul 10 pagi kelmarin, selepas dipercayai menikam dada kiri bayi lelakinya dengan menggunakan objek tajam. 

Hanyan berkata, mayat bayi malang itu bagaimanapun masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Kemaman bagi membantu siasatan. 

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki berusia 20-an yang didakwa merogol suspek utama sudah lari ke luar daerah bagi bersembunyi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN