Remaja 14 tahun maut terjatuh tingkat 10 

Remaja 14 tahun maut terjatuh tingkat 10 

MAYAT remaja perempuan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah bangunan flat di Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah bangunan flat di Taman Tun Teja, di sini dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.17 petang ini.

Susulan itu, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi kejadian.

“Sejurus selepas tiba, anggota bomba menemukan mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN