Rasa bersalah ya amat, akak minta maaf - Ellie Suriaty - Utusan Malaysia

Rasa bersalah ya amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ellie Suriaty Omar memohon maaf secara terbuka kerana menyebabkan wajah pelakon Shahidan Izwan cedera akibat terkena sabit.

Ellie menerusi Instagram miliknya berkata, kejadian berlaku ketika menjalani penggambaran filem arahan Osman Ali, Telaga Suriram.

“Masa penggambaran, sabit di tangan Mak Tijah (watak Ellie) terpelanting dalam pergelutan dengan Jabet sehingga terkena dahi dan hidung Kasa (watak Shahidan).

“Saya minta maaf dan rasa bersalah ya amat pada Shahidan Izwan. Alhamdulillah, syukran Allah SWT. Baik sangat Shahidan lembut hati maafkan saya.

“Akak minta maaf buat selamanya Shahidan,” ujarnya.

Menjengah di ruang komen, segelintir pengguna memuji aktres hebat itu kerana kembali beraksi dan teruja untuk menyaksikan persembahan yang bakal ditonjolkan menerusi filem tersebut.

“Akak kena buat kemunculan semula di set, pentas, dan kreatif industri sebab bidang seni ini yang selalu bertakhta di hati.

“Terima kasih adik mendoakan, semoga dipermudahkan urusan akak. Kalau dah siap tengok di panggung ya,” balas komen Ellie kepada warga IG.

Selain Ellie, antara barisan pelakon Telaga Suriram adalah Nabila Huda, Scha Alyahya, Syrul Ezwan, Sri Irdina, Faha Azhar dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN