Rakyat Johor bijak memilih - Muhyiddin

Rakyat Johor bijak memilih – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar Masa (MPDP) di Kelab Golf Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masyarakat Johor perlu bertindak holistik dan bijak memilih semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tersebut dan tidak memilih parti ‘kluster mahkamah’.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat johor perlu bijak menilai dan tidak mengundi mereka yang terlibat dengan skandal dan rasuah.
Menurut beliau, PRN adalah kesempatan untuk masyarakat Johor mengundi dan menolok untuk bersekutu dengan parti yang dipimpin oleh golongan tersebut.

“Kalau sudah dinyatakan pimpinan parti tersebut seperti UMNO yang terlibat dengan rasuah atau pecah amanah, mereka bukan sahaja terpalit tetapi telah disabitkan bersalah dan jatuh hukuman.

“Masyarakat Johor diberi pilihan dan saya tawarkan Bersatu untuk mereka, bebas dari skandal serta bersih. Malahan, kami bekerja keras untuk menentang rasuah,” katanya semasa sidang media.

Terdahulu, akhbar melaporkan, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli mencadangkan untuk menubuhkan Muafakat Rakyat Johor (MRJ) yang akan dianggotai semua parti pembangkang bagi menewaskan BN.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai cadangan tersebut kerana masih tiada maklumat serius terhadap cadangan tersebut.

Namun jelasnya, setiap parti yang bertanding di PRN sudah pasti ingin mencapai kemenangan dan membawa mandat rakyat.

“Saya mendapat maklumat bahawa parti di sebelah sana turut tidak mahu UMNO meraih kemenangan di PRN Johor ini seperti yang terjadi di Melaka.

“Kami juga sama tidak mahu UMNO menang dan tidak juga mahu Pakatan Harapan (PH) menang. Jadi kita lihat sahaja berapa penjuru akan ada nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN