Rakyat bosan kekacauan politik - Pas Sabah - Utusan Malaysia

Rakyat bosan kekacauan politik – Pas Sabah

ALIAKBAR Gulasan (tiga kiri) bersama AJK Pas Sabah semasa sambutan Tahun Baharu Cina di Kota Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pas Sabah tidak melihat keperluan untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan keadaan ekonomi negara yang masih belum stabil.

Setiausaha Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak sebelum ini, ia jelas menunjukkan rakyat seolah-olah bosan dengan pilihan raya dan kekacauan politik yang berlaku.

“Berdasarkan trend itu, saya beranggapan rakyat pada masa ini tidak suka sangat dengan suasana politik yang cara merba dan tidak stabil.

“Justeru, Pas Sabah berharap tangguh dulu PRU, kita perlu mengambil jalan bertenang dan memberi fokus untuk menguruskan negara, ekonomi dan kebajikan masyarakat.

“Apabila sudah habis tempoh untuk mengadakan PRU, baru kita mengadakan pilihan raya berdasarkan perlembagaan yang ditentukan oleh negara,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Baharu Cina Pas Sabah, hari ini.

Sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Johor Selatan dalam satu kenyataan bersama memaklumkan PRU-15 perlu diadakan serentak dengan PRN Johor bagi mengelakkan pembaziran duit rakyat.

Mengulas mengenai cabaran untuk Pas menarik sokongan daripada kerajaan, Alibakbar berkata, kenyataan itu hanya satu pandangan bersifat peribadi kerana rundingan antara Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) masih dijalankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, yang juga, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, di peringkat Pas negeri, beliau berharap keadaan di Semenanjung sama seperti Sabah.

“Kita lihat kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada pada momentum yang sangat baik dan menunjukkan keharmonian pelbagai parti politik tempatan dan Semenanjung.

“Saya juga berharap MN dan PN di Semenanjung dapat bersatu dan berjuang bersama-sama serta duduk semeja bagi meneruskan rundingan kerjasama yang ada,” katanya.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini mencabar Pas supaya menarik sokongan daripada kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya