PETALING JAYA: Kerajaan perlu meningkatkan nilai pelaburan sekurang-kurangnya RM200 bilion tahun ini bagi menampung semula jumlah hutang negara yang kini melebihi 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM957.3 bilion. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan City University Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, tahun lalu Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM177.8 bilion. Menurut beliau, jumlah itu wajar ditambah demi memulihkan prospek ekonomi agar kembali stabil…










