Perkemas penguatkuasaan Sistem Kejara, AES - Utusan Malaysia

Perkemas penguatkuasaan Sistem Kejara, AES

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu penguatkuasaan yang lebih tegas bagi menangani sikap kecuaian pemandu yang menjadi antara faktor utama kemalangan jalan raya di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu penguatkuasaan yang lebih tegas bagi menangani kecuaian pemandu yang menjadi antara

faktor utama kemala­ngan jalan raya di negara ini.

Meskipun kedua-dua sistem itu sudah lama wujud, penguatkuasaan melibatkan kedua-dua sistem itu masih lagi dianggap belum menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Law Teik Hua berkata, pihaknya tidak menolak kewujudan undang-undang terutamanya bagi mengurangkan nahas di jalan raya, namun penguatkuasaannya perlu lebih dipertingkatkan.

Katanya, negara perlu mempertimbangkan cara menangani sikap kecuaian pemandu sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek.

“Sebanyak 80 peratus kemalangan berlaku disebabkan tingkah laku manusia, manakala 15 peratus lagi persekitaran dan lima peratus kerana masalah kenderaan.

“Langkah dalam tempoh jangka masa pendek mesti bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang dan teknologi yang masih belum menyeluruh dengan sepenuh­nya.

“Contohnya kita ada Sistem Kejara yang merupakan suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu ken­deraan motor yang melakukan kesalahan, tetapi seperti sudah tidak ada.

“Begitu juga dengan AES, tetapi adakah AES masih isu panas dan masih berfungsi?, Tidak ada siapa yang tahu dan sudah menjadi seperti expired issue.

“Jadi banyak perkara boleh dibuat untuk mengurangkan kesan dalam tempoh jangka masa pendek. Percayalah jika dapat dibuat, kita dapat lihat pengurangan kemalangan dalam tempoh setahun ini, namun ia tetap perlukan sokongan daripada pembuat dasar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, sebanyak 830,308 kemalangan dilaporkan sejak 2020 sehingga Januari lalu membabitkan 9,609 kematian di seluruh negara yang disifatkan masih tinggi biarpun pelbagai langkah penguatkuasaan diambil pihak berkuasa bagi mengurangkan nahas jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mat Kasim Karim berkata, sikap pengguna yang cuai adalah faktor utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini berada di tahap yang membimbangkan selain peningkatan jumlah kenderaan.

Menurut Dr. Teik Hua, teknologi dan undang-undang yang sudah ada di negara ini perlu dipertingkatkan secara menyeluruh terutamanya bagi menangani sikap kecuaian pemandu itu.

Katanya, ini kerana negara tidak boleh lagi bergantung kepada anggota penguatkuasa untuk memantau dan mengawal sikap pemandu yang cuai sepanjang masa.

“Dalam masa sama, langkah tempoh jangka masa panjang seperti mempertingkan pendidikan di sekolah memandu juga perlu diambil.

“Namun, jika kita dapat tingkatkan penguatkuasaan (undang-undang), perkara itu lebih baik berbanding bergantung kepada anggota polis sahaja.

“Ini kerana ramai pengguna ada saman dan mereka simpan bertahun-tahun, maka ini menunjukkan mereka tak hormat undang-undang serta menunjukkan kita tak cukup bagus lagi (dalam menguatkuasakan undang-undang),” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini