Pengurus kanan KWSP ditemukan maut ketika Solat Dhuha

Pengurus kanan KWSP ditemukan maut ketika Solat Dhuha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditemukan meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha di rumahnya di Segambut di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Shukri Sulaiman, 51, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya.

Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti sakit kerana mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.

“Rakan mendakwa selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, rakannya itu meminta bantuan jiran.

“Apabila masuk ke dalam rumah dapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik dengan keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, jenazah arwah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat akan dijalankan esok. UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya