Pengguguran Khairuddin tidak jejas persediaan Pas hadapi PRN Johor

Pengguguran Khairuddin tidak jejas persediaan Pas hadapi PRN Johor

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Pengguguran Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas tidak mempengaruhi momentum persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, penguguran jawatan adalah perkara biasa dalam organisasi dan tidak memberi kesan dalam sebarang langkah parti.

“Tidak ada kesan apa pun baik PRN mahupun PRU (Pilihan Raya Umum). Parti sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Sijil Program empowerNCER: Latihan Kemahiran Dan Keusahawanan Peringkat Daerah Pendang di Dewan Cenderawasih Pendang Kedah hari ini.

Beliau mengulas tentang penguguran Ahli Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang diumumkan oleh Presidennya,  Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam.

Awang memberitahu, semua di peringkat parti kini mencapai konsensus dalam gerak kerja menghadapi PRN itu.

“Cuma dari segi persediaan ini tidak dapat saya maklumkan kerana jika tidak dinamakan strategi lagi.

“Pas sudah ada calon kita dan sudah buat persediaan,” katanya. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN