Penduduk Langkawi rindukan Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Penduduk Langkawi rindukan Utusan Malaysia

ARMISHAH Siraj (tengah) bersama beberapa penduduk membaca akhbar Utusan Malaysia pada program bantuan minyak diesel kepada nelayan di Jeti Pendaratan(LKIM Sungai Chenang, Langkawi baru-baru ini. – UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 500 penduduk di pulau peranginan ini gembira dan teruja apabila berpeluang membaca akhbar Utusan Malaysia yang diedarkan secara percuma di beberapa lokasi baru-baru ini.

Penduduk di pulau itu berkata, mereka tidak dapat membaca akhbar itu kerana tidak dijual di pulau ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020.

Bagaimanapun, atas inisiatif Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Kedah, Datuk Armishah Siraj yang menaja sebanyak 500 naskhah Utusan Malaysia untuk dibawa masuk ke pulau ini dan diedarkan secara percuma untuk tatapan penduduk pulan berkenaan.

Akhbar Utusan Malaysia itu diedarkan sempena program bantuan minyak diesel kepada nelayan di Jeti Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Chenang.

Seorang penduduk, Nazeri Bahatin, 64, dia merupakan antara pelanggan akhbar untuk dibaca bersama keluarga sebelum ini.

“Saya difahamkan ketiadaan feri yang beroperasi pada PKP menyebabkan surat khabar tidak dibekalkan lagi ke pulau ini sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, Armishah pula berkata, beliau mengharapkan syarikat penerbitan akhbar termasuk Utusan Malaysia dapat membekalkan semula akhbar tersebut untuk tatapan penduduk di pulau ini.

“Walaupun teknologi maklumat seperti media digital semakin berkembang maju, namun masih ramai yang lebih selesa membaca surat khabar,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya