Chelsea benam Liverpool, Man United tewas

Chelsea benam Liverpool, Man United tewas

Pemain Chelsea, Cole Palmer (kiri) meraikan jaringan gol menentang Liverpool di Stamford Bridge, London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Chelsea mencerahkan peluang untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas mengejutkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 3-1 manakala Manchester United tewas kepada Brentford 4-3.
  Chelsea yang dipimpin Enzo Maresca mendahului permainan menerusi jaringan Enzo Fernandez sebelum jaringan sendiri pemain Liverpool, Jarell Quansah dan sepakan penalti Cole Palmer melengkapkan sepakan penalti tuan rumah.
  Liverpool cuba bangkit menerusi jaringan lewat Virgil van Dijk, namun sudah terlambat untuk mengubah keputusan permainan.
  Kemenangan itu membolehkan Chelsea menghuni tangga kelima liga dan berkongsi mata dengan Newcastle United yang mencatat keputusan seri 1-1 menentang Brighton.
  Sementara itu, pasukan tangga keenam, Nottingham Forest akan berkongsi mata dengan Chelsea dan Newcastle jika menewaskan Crystal Palace hari ini.
  Manchester City yang menduduki tangga ketiga hanya dipisahkan satu mata dengan Chelsea dan dengan baki tiga perlawanan lagi perebutan lima tempat ke saingan Liga Juara-Juara semakin sengit.
  Dalam pada itu, Manchester United jatuh ke tangga 15 selepas kempen suram dalam liga domestik walaupun fokus pasukan itu memenangi Liga Europa musim ini.
  United akan menunggu kunjungan Athletic Bilbaodalam aksi kedua separuh akhir Jumaat ini dengan kelebihan tiga gol dalam aksi pertama sebelum ini. – AFP/UTUSAN
Keputusan
Brentford   4  Manchester United 3
Brighton    1  Newcastle 1
West Ham 1  Tottenham 1
Chelsea     3  Liverpool    1
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN