Peminat doa Wany Hasrita, Fairuz Selamat dijodohkan - Utusan Malaysia

Peminat doa Wany Hasrita, Fairuz Selamat dijodohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Semoga kalian berjodohan. Amin”

Itu reaksi netizen berhubung sekeping gambar dimuat naik penyanyi, Fairuz Selamat di Instagram (IG).

Bekas anggota kumpulan Q-Face itu mencuri perhatian selepas berkongsi gambar bersama rakan artis, Wany Hasrita baru-baru ini.

Menerusi kapsyen, Fairuz memberitahu agak lama tidak bertemu dengan rakan-rakan artisnya.

“Ramai kawan-kawan yang sudah lama tak bersua muka.
Apalah cerita mereka di sana,” tulis Fairuz.

Perkongsian Fairuz itu mengundang komen-komen nakal netizen yang melihat keserasiannya bersama Wany.

“Ini namanya jodohkan awak @fairuzselamat” tulis pengguna akaun IG aimikahar.

Fairuz beberapa tahun lalu pernah membuat kenyataan bahawa dia dan Wany sedang berkawan rapat.

Dia juga menyatakan bahawa Wany memiliki ciri-ciri wanita yang dimahukannya.

Namun kedua-kedua selebriti tersebut tidak pernah menyatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN