PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya akan mendedahkan nama-nama calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dua hari sebelum penamaan calon. Dalam sidang media, Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan beliau tidak mahu mendedahkan nama calon terlalu awal malah akan mengadakan satu majlis untuk pengenalan calon. “Kita akan umum dua hari sebelum penamaan calon, akan ada majlis pengenalan calon dan kita akan dapat lihat nisbah lelaki, wanita, orang…










