Pandang cermin sikit, ada orang jemput masuk MCA kah?

Pandang cermin sikit, ada orang jemput masuk MCA kah?

Anthony Loke
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook diminta cermin diri dahulu berhubung kenyataannya yang tidak akan menyertai MCA.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, tiada jemputan daripada pihaknya untuk membawa masuk pemimpin DAP itu menjadi ahli parti MCA.

“Helo, pandang cermin sikit, ada orang jemput masuk MCA kah?” soalnya dengan sinis dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas wawancara Anthony dalam satu akhbar Cina yang menegaskan bahawa tidak akan keluar DAP dan menyertai parti lain termasuk MCA sekiranya berlaku sebarang kemungkinan terhadap dirinya.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, beliau pada hari pertama menjadi ahli DAP tidak pernah berhasrat menyertai parti lain apatah lagi MCA yang dipersetujui sejak dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN