Nama Zuraida tiada dalam senarai ahli Parti Bangsa Malaysia - Utusan Malaysia

Nama Zuraida tiada dalam senarai ahli Parti Bangsa Malaysia

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan nama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin tiada dalam senarai keahlian parti tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung PBM, Nur Hizwan Ahmad berkata, malah nama Ahli Parlimen Ampang itu tiada dalam senarai permohonan baharu.

“Tiada dalam senarai keahlian PBM mahupun dalam senarai permohonan baharu,” katanya dengan ringkas hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Faiz Na’aman bahawa kepimpinan Bersatu menyentuh berhubung isu pemecatan Zuraida dan individu lain dalam parti itu yang didakwa terlibat dengan PBM.

Memetik laporan sebuah portal, Muhammad Faiz memberitahu, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuaratnya pada 25 Januari lalu.

Zuraida merupakan antara bekas pemimpin PKR yang menyertai Bersatu bersama bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan peranan mereka dalam Langkah Sheraton dan menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau dan Mohamed Azmin kemudian dilantik sebagai anggota MPT Bersatu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN