MyCC tubuh pasukan khas siasat persaingan industri ayam, telur ayam - Utusan Malaysia

MyCC tubuh pasukan khas siasat persaingan industri ayam, telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat persaingan dalam industri ayam dan telur ayam secara menyeluruh seperti diarahkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) semalam.

Menurut MyCC, suruhanjaya itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk penalti maksimum dan tindakan tegas lain untuk memastikan penindasan sedemikian dihentikan demi kepentingan rakyat.

“MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan kuasanya di bawah Akta Persaingan 2010 terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam sabotaj ekonomi.

“(Malah terhadap mana-mana pihak) yang mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat terutamanya semasa era pandemik ini dengan terlibat dalam kartel atau penyalahgunaan kuasa dominan kuasa atau aktiviti monopoli dalam ayam dan atau industri telur ayam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan selepas mempengerusi mesyuarat khas NACCOL semalam mengarahkan MyCC membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur ayam.

Perdana Menteri turut memaklumkan, Kementerian Kewangan diminta mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam bagi menangani isu kenaikan harga bekalan makanan terbabit.

Mengulas lanjut, MyCC menambah, suruhanjaya itu sebagai agensi penguat kuasa yang diberi mandat melindungi proses persaingan, menyokong keputusan mesyuarat khas semalam dalam menyelesaikan isu kenaikan harga ayam dan telur ayam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya