Mesyuarat khas SPR di Persada Johor, tarikh pengundian diketahui esok

Mesyuarat khas SPR di Persada Johor, tarikh pengundian PRN Johor diketahui esok

Daftar pemilih tambahan November 2023 diwarta hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 esok pada pukul 10 pagi.

SPR dalam nota kepada pengarang media memaklumkan, satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dijangka pada pukul 12.30 tengah hari.

Mesyarat berkenaan berlangsung di Dewan Tanjung Puteri 302, Persada Johor, International Convention Centre, Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bharu bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor.

Ia meliputi perkara seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

SPR sebelum ini secara rasminya menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

Pembubaran itu adalah sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN