Menang di Melaka, Tanjung Piai bukan jaminan BN menang besar PRN Johor - Shamsul Anuar - Utusan Malaysia

Menang di Melaka, Tanjung Piai bukan jaminan BN menang besar PRN Johor – Shamsul Anuar

MAJLIS Gempur Penerangan PRN Johor 2022 di Johor Baharu, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Cabaran kita besar. Biarpun kita menang besar di Melaka dan menang di Tanjung Piai Johor sebelum ini, ia bukan jaminan Barisan Nasional (BN) boleh menang besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor”.

Demikian ucapan Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasrah ketika merasmikan penutup Gempur Penerangan PRN Johor 2022 yang dimuat naik di Facebooknya, semalam. 

Beliau berkata, sesekali tidak berniat menjatuhkan semangat jentera BN, namun itu adalah sebagai suatu perangsang dan kata semangat supaya  jentera BN bekerja dengan lebih kuat lagi. 

Katanya, ia bagi memastikan agar kemenangan BN sebelum ini mampu dikekalkan dan merampas kembali mana-mana kerusi yang kalah di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kerana itu pengalaman kita memang besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kemudian mendapat keputusan berbeza dengan kalah di Sungai Besar dalam PRU-14 mesti menjadi pengajaran kepada kita. 

“Justeru itu peranan dan tanggungjawab Jentera Komunikasi dan Penerangan UMNO, BN sangat penting. Sebagai jentera penting keutamaan mestilah parti melebihi daripada yang lain. 

“Kita bertanggungjawab menyampaikan segala polisi,dasar dan agenda parti kepada rakyat iaitu pengundi. Pastinya selain bertanggungjawab mempromosikan parti, penting kita menjawab segala isu yang parti hadapi biarkan isu itu kecil,” katanya. 

Menurut beliau, jentera komunikasi dan penerangan mesti berfungsi dan berperanan disemua peringkat serta berkeupayaan mendekati semua kelompok dan golongan rakyat. 

Oleh itu katanya, organisasi BN disemua peringkat mesti mantap dan kuat daripada semua segi. 

“Paling utama kita mesti tahu siapa pengundi kita. Mesti fahami latar belakang mereka dan segala maklumat penting mereka mesti dalam pengetahuan kita. 

“Semua ini penting bagi membolehkan kita mendekati mereka mengikut cara dan kaedah yang sesuai dengan mereka. 

“Masanya telah tiba. Parti meletakkan tanggungjawab kepada kita. Kepada semua jentera Komunikasi dan Penerangan UMNO BN, parti mohon pengorbanan kita semua bagi mestikan UMNO, BN menang besar di PRN Johor kali ini. 

“Dan Johor kembali dapat ditakbir dengan kukuh dan kestabilan dapat dikembalikan bagi kepentingan negeri dan rakyat Johor,” jelasnya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN