Malaysia, US dan UK kerjasama tangani isu buruh paksa - Utusan Malaysia

Malaysia, US dan UK kerjasama tangani isu buruh paksa

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia bekerjasama erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dalam menangani isu buruh paksa menerusi kerangka Pelan Tindakan Nasional Mengenai Buruh Paksa (NAPFL).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, beliau akan bertemu Duta Besar AS, Brian D. McFeeters dan Pesuruhjaya Tinggi UK, Charles Hay susulan tawaran kerjasama yang dihulurkan mereka dalam berkongsi pengalaman kedua-dua negara itu  berdepan dengan cabaran isu buruh paksa termasuk pemerdagangan manusia.

Katanya, kerjasama yang dilakukan menerusi NAPL ini dilancarkan pada tahun lepas. 

“Isu pemerdagangan orang yang turut merangkumi aspek buruh paksa adalah cabaran besar yang dihadapi oleh negara khususnya kementerian dalam melindungi hak-hak pekerja serta memastikan pematuhan terhadap perundangan perburuhan. 

“Malaysia mempunyai perundangan untuk menangani jenayah pemerdagangan orang termasuk isu buruh paksa, maka kementerian komited memastikan isu ini ditangani secara sistematik dengan cadangan pindaan kepada Akta Kerja 1955 [Akta 265] pada bulan depan dengan memasukkan peruntukan berkaitan buruh paksa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Saravanan berkata, pindaan ini adalah lanjutan daripada perluasan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] yang berkaitan dengan aspek perumahan serta penginapan pekerja kepada semua sektor pekerjaan mulai September 2020.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN