Longgarkan syarat pinjaman pembelian rumah

Longgarkan syarat pinjaman pembelian rumah

Fathul Bari Mat Jahya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Bank Negara wajar meneliti semula kadar pinjaman maksimum yang boleh diberikan kepada golongan berminat untuk memiliki rumah Perbadanan PR1MA Malaysia terutama kepada golongan muda,

Pengerusinya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, beliau berharap kerajaan boleh mendapatkan kesepakatan daripada Bank Negara untuk memudahkan lebih ramai individu memiliki rumah mampu milik.

“Dari sudut kewangan untuk peminjam, dalam Majlis Perumahan Mampu Milik Negara dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dihadiri pelbagai agensi termasuk agensi bank.

“Isu ini telah diangkat sendiri oleh Ismail Sabri yang sedia untuk minta supaya Bank Negara melonggarkan sedikit tanpa melanggar polisi.

“Ini adalah kerana sememangnya Bank Negara juga meluluskan pinjaman namun jika pinjaman yang diberikan hanyalah 90 peratus, dari mana pembeli hendak cari 10 peratus lagi?” katanya dalam sidnag akhbar di sini hari ini.

Sidang akhbar itu tersebut turut memfokuskan komitmen PR1MA yang mendukung aspirasi Keluarga Malaysia dalam menyediakan 100,000 kediaman mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurut Fathul Bari, penelitian daripada Bank Negara untuk menyediakan pelan pinjaman yang lebih terperinci amat diperlukan untuk menarik minat pembeli PR1MA.

“Ini pada saya perlu dilihat dan diteliti semula. Kita faham Bank Negara perlu memantau tahap keupayaan pembeli untuk membayar semula pinjaman tetapi kalau boleh memang perlu diberikan kelonggaran kepada peminjam yang kini berhadapan dengan pandemik namun masih perlu meneruskan hidup.

“Saya terkesan bila tengok pembeli rumah PR1MA ini, 75 peratus adalah berumur bawah 35 tahun dan ini menunjukkan mereka minat untuk membeli rumah. Jadi urusan itu boleh dimudahkan dengan kelonggaran syarat serta pemberian pinjaman maksimum,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN