MELAKA: Tiada apa yang signifikan di sebalik kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berpandangan, pemberian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh PH kepada Muda hanya mengeruhkan konflik antara komponen. Beliau berkata, Muda selaku parti baharu tanpa pengalaman dalam arena pilihan raya tidak mampu membuat kejutan,…










