Kekal pencapaian lima bintang, UMP fokus tingkat kualiti pendidikan tinggi

Kekal pencapaian lima bintang, UMP fokus tingkat kualiti pendidikan tinggi

YUSERRIE ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengekalkan pencapaian lima bintang bagi penilaian QS Stars University Ratings 2022 yang dinilai oleh Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating

UMP berjaya memperoleh lima bintang bagi lapan kategori iaitu pengajaran, kebolehpasaran pekerjaan, pengantarabangsaan, penyelidikan, kemudahan, kekuatan program akademik (Kejuruteraan Mekanikal), inovasi dan inklusif (keterangkuman).

Profesor Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkata, universiti itu akan terus memperkukuhkan usaha memajukan dan mengembangkan pendidikan tinggi dengan memberi tumpuan terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras tinggi.

Jelasnya, pelbagai usaha sedang dibangunkan oleh UMP bagi memfokuskan terhadap peningkatan keupayaan teknikal negara antaranya ialah menerusi penawaran program akademik yang dipacu oleh industri bagi melahirkan graduan yang holistik.

“Tumpuan juga diberikan kepada jalinan kerjasama antara UMP dan industri dalam dan luar negara bagi meningkatkan lagi keupayaan teknikal kedua-dua pihak.

“Universiti juga telah merangka Pelan Strategik UMP 2021-2025 dengan memfokuskan elemen penerokaan pengetahuan baharu melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi, pengantarabangsaan dan keusahawanan graduan dalam bidang berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat global.

“Turut diberi perhatian elemen kelestarian kewangan universiti dan pemantapan kecemerlangan ekosistem universiti termasuklah usaha ke arah menjadikan UMP kampus pintar dan lestari yang bakal memanfaatkan lebih 12,000 pelajar universiti ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Yuserrie juga merakamkan penghargaan terima kasih buat warga universiti dan mengharapkan semoga usaha berterusan ini akan terus menjadikan UMP sebagai antara terbaik yang dalam memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan teknikal negara.

UMP kini juga berada di landasan terbaik dengan kedudukan UMP berada di tangga ke-129 terbaik di Asia dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2022 yang diumumkan oleh agensi penarafan antarabangsa QS Quacquarelli Symonds. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya