KBS umum tarikh Sukma KL hujung bulan ini - Utusan Malaysia

KBS umum tarikh Sukma KL hujung bulan ini

AHMAD Faizal Azumu (tengah) menyaksikan majlis penyerahan KRMSAU yang siap dinaik taraf dan baik pulih di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan tarikh penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketika ini kementerian sedang menyiapkan memorandum jemaah menteri bagi permohonan peruntukan menganjurkan Sukma berkenaan.

Katanya, beliau yakin penganjuran sukan itu dapat diteruskan pada tahun ini namun senarai akhir acara-acara dipertanding belum diputuskan.

“Saya percaya kalau kita terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) tiada acara yang terganggu. Malangnya ia akan terganggu jika orang ramai tidak menjaga SOP dan ada jangkitan. Apabila ia berlaku akan merencatkan kemeriahan penganjuran tidak kira hiburan dan sukan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Siap Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal memaklumkan, semua fasiliti Sukma Johor yang akan bermula pada 2024 perlu dijaga dan selenggara dengan baik tanpa perlu ditambah baik. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN