Imam sesat 16 jam dalam ladang sawit ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Imam sesat 16 jam dalam ladang sawit ditemukan selamat

MOHAMAD Syahir Abdullah (belakang) membawa ayahnya, Abdullah Ibrahim mendapatkan rawatan di Hospital Selama setelah ditemukan dalam keadaan selamat selepas sesat dalam kebun sawit di Larut semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Lelaki warga emas yang hilang setelah sesat dalam ladang kelapa sawit di Felda Ijok dekat sini sejak pagi semalam ditemukan selamat malam tadi.

Abdullah Ibrahim, 74, atau dikenali sebagai Imam Dolah ditemukan penduduk kampung pada pukul 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sabri Saat berkata, lelaki itu ditemukan pada jarak tiga kilometer dari kebun sawitnya.

“Lelaki itu ditemukan dalam keadaan lemah tanpa sebarang kecederaan setelah tersesat hampir 16 jam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, lelaki itu keluar dari rumah menaiki motosikal ke kebunnya di Peringkat 6 Felda Ijok dekat ini untuk membaja pada pukul 8 pagi semalam.

Katanya, setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah pada tengah hari seperti biasa, isterinya meminta anak mereka mencarinya di kebun sawit.

“Anak lelaki yang hilang itu dan beberapa orang penduduk kampung ke kebun sawit mencari namun gagal menemukan lelaki itu dan mereka membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, seramai 80 orang terdiri dari anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk penduduk mencari lelaki itu malam tadi.

“Operasi mencari dibahagikan empat kumpulan melibatkan keluasan 10 kilometer kawasan pencarian. 

“Setelah tiga jam operasi mencari, lelaki itu ditemukan dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan perubatan. 

“Operasi ditamatkan pada pukul 12.01 tengah malam tadi, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya