Hasilkan makanan ruminan sendiri - Aminuddin - Utusan Malaysia

Hasilkan makanan ruminan sendiri – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu penyelesaian jangka panjang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan kos makanan dalam industri ternakan di negara ini selain bantuan subsidi yang disediakan. 

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelan jangka panjang itu penting bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan penternak bukan sahaja ayam tetapi ternakan seperti lembu dan kambing yang berdepan isu sama. 

“Saya berharap kerajaan memikirkan untuk membantu mengeluarkan makanan ternakan kepada semua aktiviti ternakan di negara ini supaya perkara ini dapat diatasi dalam jangka masa panjang.

“Mungkin Kerajaan Persekutuan boleh mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak swasta untuk mengeluarkan makanan ruminan atau ternakan sendiri sekali gus dapat mengawal harga pasaran,” katanya pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Ampangan Ke-6, di sini hari ini.

Kerajaan semalam bersetuju memberikan subsidi kepada penyernak ayam sebanyak 60 sen setiap kilogram dengan mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 sekilogram dan harga runcit ayam bulat standard sebanyak RM8.90.

Tujuan pemberian subsidi adalah untuk meringankan beban penternak susulan peningkatan kos terutamanya kos makanan yang meliputi 70 peratus daripada kos pengeluaran selain kos logistik, kos pekerja, kos utiliti dan kos ubat-ubatan.

Anggaran keseluruhan implikasi kewangan kepada kerajaan bagi melaksanakan pemberian subsidi ayam dan telur di seluruh negara untuk tempoh empat bulan ini adalah sebanyak RM528.52 juta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN