Dua premis judi berselindung di sebalik kedai runcit, telefon diserbu

Dua premis judi berselindung di sebalik kedai runcit, telefon diserbu

PEKERJA TNB melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di premis yang diserbu kerana menjalankan kegiatan judi dalam talian di Gopeng, Perak, semalam. - FOTO/IHSAN PDRM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Biarpun pernah beberapa kali diserbu, dua buah premis di Taman Gopeng Jaya dan Desa Lawan Kuda di sini tidak serik apabila meneruskan kegiatan judi dalam talian sebelum sekali lagi diserbu polis, semalam.

Serbuan menerusi Op Bersepadu Pemotongan Bekalan Elektrik itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, dalam operasi bermula pukul 2.45 petang itu, dua premis tersebut dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

Katanya, tindakan itu diambil setelah risikan dan pemantauan dilakukan ke atas premis berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati premis yang berselindung di sebalik operasi kedai runcit dan telefon itu pernah diserbu sebelum ini namun pemilik premis masih berdegil apabila terus menjalankan aktiviti haram.

“Tindakan ke atas premis itu diambil mengikut undang-undang Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289/Pindaan 2001) dengan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Terbuka 1953 (Pindaan 2001),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN