Dua kanak-kanak maut makan sisa makanan: Bapa ditahan - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak maut makan sisa makanan: Bapa ditahan

MAYAT dua beradik yang maut dipercayai makan sisa makanan tercemar di Bukit Malut, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bapa kepada dua beradik berusia dua dan empat tahun yang meninggal dunia didakwa selepas makan sisa makanan dari tong sampah di Bukit Malut di sini semalam ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun itu ditahan pada malam semalam.

SHARIMAN ASHARI

Katanya, ujian urin ke atas suspek juga mendapati positif dadah.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua mangsa itu, Ngei Jamaludin, 2, dan abangnya, Nizambudin Jamaludin, 4, ditemukan oleh bapanya, Jamaludin, 36, di kawasan tong sampah di kampung tersebut pada pukul 5.40 petang semalam.

Shariman memberitahu, mayat dua kanak-kanak terbabit akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar hari ini untuk bedah siasat.

Utusan Online semalam melaporkan dua beradik lelaki warga Myanmar meninggal dunia selepas ditemui bapanya dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih.

Mereka sebelum itu dikatakan makan sisa makanan tercemar dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa di Bukit Malut di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya