Bukit Aman siasat kematian warga Myanmar dalam tahanan - Utusan Malaysia

Bukit Aman siasat kematian warga Myanmar dalam tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang juga Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang di sini, hari ini.

Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki warga Myanmar itu diserahkan oleh seorang lelaki tempatan pada 5.30 petang, Ahad lalu di One Stop Centre Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor kerana dipercayai mencuri sebuah motosikal.

Menurut beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Bagaimapun, lelaki itu dihantar ke hospital tersebut pada Isnin lalu kira-kira pukul 8.10 pagi selepas mengadu tidak sihat dan ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.

“Hari ini pihak hospital memaklumkan bahawa OKT meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata, siasatan kes kematian mengejut itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan jabatan itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya