Bella, Aliff Aziz tunai umrah: Jadikanlah perjalanan kami bermanfaat

Bella, Aliff Aziz tunai umrah: Jadikanlah perjalanan kami bermanfaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Bella Astillah dan suami tercinta yang juga penyanyi, Aliff Aziz berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi lagu Tenang itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Bella turut mendoakan agar urusan dia dan pasangan dipermudahkan.

“Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.

“Permudahkan lah kami untuk melihat keindahan alam ciptaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya disisiMu.

“Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu,” katanya di Instagram.

Menjengah di perkongsian Instastory yang lain, dia ada berkongsi kembali (repost) ucapan dan doa yang baik-baik dari kenalan dan keluarga terdekatnya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff diijab kabulkan pada tanggal 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Aliff Aziz adalah peserta yang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sekali gus bergelar juara dalam pertandingan realiti popular tanah air, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) hujung bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya